JellyPages.com

Tuesday, December 2, 2014

Tatkala Aku Tersenyum

TATKALA AKU TERSENYUM....





     Sedaya upaya utk ukir senyuman disaat hati menangis. Biase laaaa... Hari ni aku menangis setelah lihat dia memakai baju pemberian ku. Aku tergamam dan meratap banyak kali. Aku cuba yakinkan hati aku yg baju tu bkn dari aku tapi setelah byk kali ku tenung... IYA tu mmg hadiah hari jadi dia yg prnh ku berikan. Aku lemah, hati aku jadi tak keruan dan akhirnya air mata aku mengalir. 

      Aku mmg mencari penganti. Aku nk buktikan pd dia yg aku dah berhenti admire dia dan aku tak de sedikit pn prasaan pd dia. Entri aku kali ni melambangkan hati aku yg tgh sedih. Klu aku dpt ulang semuanya.... pasti dia takkan tahu isi hati aku. Tapi pe yg berlaku de hikmahnya. Aku percaya Allah sedang merencanakan yg terbaik buat diri ku. 

      Aku cuba tersenyum memandangkan ingin tutup kesedihan aku dimata mama dan ayah. kerap kali juga aku pesan pd hati "kuat ye wahai hati... jangan lah awk sedih selalu..." tapi aku manusia pasti tewas pd perasaan yg penuh dgn kesakitan. Dalam class navigation aku skali lg tak dpt menahan air mata tapi aku tetap senyum =)

        Bertemankan lagu "i guess you don't know - msignal(ost heart string)" buat hati aku lg sayu. That my fav song. Bila drive sorang2 aku akan dgr lagu tu berulang kali dan melihat cuaca mendung mmg buat air mata ku mengalir. Ye nampak seperti aku loser tp aku selesa begini. Luar nmpk keras, kasar, sombong tp sebenarnya hati aku lebih lembut dr tisu. 

        Disebalik senyuman aku, aku sembunyikan kepahitan. Disaat aku tersenyum dihadapan semua, sekelumit sedih psti ada. Sehingga satu tahap aku terkenang apa yg terjadi antara aku dan dia, aku nak ulang semula keindahan bersama dia tapi aku perlu sedar diri. Aku pernah berdoa dan meminta pd Allah S.W.T yg aku nak ulang semula kenangan manis dgn dia tp kepahitan dtg menerpa, aku matikan hasrat tu dan berharap jgn ada sedikit pn peluang antara aku dan dia. 

          Disebalik senyum ini ada airmata dan itu menandakan aku rindukan kau!!!! Cukuplah dr jauh aku doakan kau bahagia! 


Thursday, August 21, 2014

Biarkan Jariku Menari Bebas

Assalamualaikum to all follower (tak ramai pon! :3)

Entri kali ni berkenaan pengalaman yang aku sendiri lalui tak kisah lah dalam hal kekeluargaan, persahabatan dan percintaan. Aku nak share satu per satu setiap pengalaman aku walaupun tak tragis mana tapi cukup membuatkan aku jatuh, bangun dan terus belari tanpa rasa takut. Siapa nak terima terkecil hati dalam keluarga, dikhianati oleh sahabat, dan kekecewaan dalam bercinta. 


Secara jujur dulu aku rasa rimas bila parents aku sentiasa menghalang aku untuk keluar dengan kawan. Aku rasa memberontak, marah, sakit hati, benci, tidak puas hati tapi semakin meningkat umur aku dan semakin matang aku dalam proses mengenali dunia yang hanya hiasan semata-mata. Memandangkan aku dikurniakan anak-anak sedara maka aku makin mengerti kebimbangan dan betapa risau sekiranya terjadi apa-apa pada anak-anak. Dari pengalaman lah aku semakin rasa bersyukur belum terlambat aku berubah untuk jadi lebih matang dan berdikari dalam keluarga. Pelbagai dugaan aku hadapi yang aku pernah share dengan family dan kawan-kawan ada juga dugaan yang aku tak mampu ungkapkan pada sesiapa saja kerna cukup aku dan yang maha ESA tahu liku-liku kehidupan. Benar kata orang "orang yang banyak cakap sebenarnya dia cuba menutup kesunyian dan ketakutan dalam diri dia" sebab itu adalah aku. Aku lalui disaat keluarga hilang kepercayaan pada aku dan betapa susahnya aku nak kembalikan kepercayaan itu semula tapi Alhamdulillah aku dapat buktikan bahawasanya aku sudah berubah. (semakin serius entri aku hari demi hari.. hahahahaha)
And now for me family is everything! Thank you to my mom and dad because never give up on me. (i love u mom.. i love u dad..)


Masuk bab persahabatan paling aku suka sebab aku jumpa perangai yang sama tetapi berulang kali aku disakiti. Tanpa rasa serik dan memandang positif pada setiap sahabat yang aku kenal, itulah perkara lama berulang kembali. Rasa dikhianati dah serasi dengan hidup aku sehinggakan aku berpegang pada satu prinsip "manusia pasti datang dan pergi.. perginya seseorang dalam hidup kita bermakna tamat sudah kisah dia dalam drama telenovela atau slot akasia kisah kita" (hehehe baru nampak lebih sempoi dalam bermadah) Tapi aku masih yang dulu senang untuk ditipu, dikhianati, dipergunakan, dihina, dan dipulaukan. Ye sakit! Memang sakit tapi aku perlu tempuhi juga. Nasib baik ada teman setia iaitu "air mata". Orang akan nampak aku lemah kerna sering mengalirkan air mata tapi pada aku itu adalah pencapaian yang paling baik dari aku menjadi seorang yang baran. Ramai yang nampak aku seperti tenang tapi panas baran aku diluar jangkaan. Dipulaukan rakan sekelas dan teman sekuliah perkara biasa bagi aku sebab aku sering lalui benda tu tapi takpe lah aku cuba bertahan walaupun realitinya aku akan menangis sendiri. Namun bukan semua sahabat yang jumpa adalah buruk. Alhamdulillah aku temui sahabat yang baik dan lebih menghargai aku. Thank you guys! Love u all. (dedicate to syazwani binti salamon, noraisah binti ismail, shazleen suhaimi, mohd hafeez,long zaherdy, muhammad hedheer, athuwa, lim chin thong, nur hayati, nur adzilah, safarina)


Kisah percintaan dan kekecewaan adalah lumrah. (adatlah kena tipu bagai siap de yang janji nak merisik but end of the story takde pon! hahahahahaha) Banyak aku lalui dari dulu sampailah sekarang. Nasib tak menyebelahi aku sebab aku admire orang. Haaaaaa siapa lagi? Ashman lah tapi dia dah reject so what should i do? Move on lah -_-" Hal kecil lah tapi sakit sampai satu tahap aku rasa malas nak involve dalam percintaan. Ye sekarang datang yang baru. Seperti insan lain harapkan ialah kebahagiaan tapi suka dan duka adalah asam garam kehidupan. Betapa buruknya sikap aku ialah aku suka menguji tapi itu demi melihat dia bersungguh atau tak (weh korang laki kot if betul sayang still stay with that women bukan blah je). Kekurangan aku ialah aku terlalu setia dan jujur (sebab tu kena dipermainkan je but stay chill cause Allah know a better person for me right?)



For those get my heart please care that heart or it will broken like before. Aku tak minta dia pertaruhkan harta, pangkat dan rupa untuk dapatkan cinta aku tapi keikhlasan, kesungguhan, kesetiaan dia dalam perhubungan. Tapi andai kata dia jumpa yang lebih sempurna, aku perlu lepaskan dia demi kebahagiaan dia. It's okay even u don't love me (lirik lagu suzy Miss A - i still love you) Seperti biasa air mata menemani seiring dengan tarian jariku diatas keyboard laptop ni. Dia minta aku bertahan untuk apa-apa dugaan dalam hubungan ni dan aku sedang bertahan. Bukan tempoh hubungan yang dijadikan sebagai alasan tapi if dia benar-benar nak jadikan aku isteri dia yang sah pasti dia bertahan juga untuk terus mendidik aku. Tolong terima dari kekurangan dalam diri ini. Please! 



Biarkan jariku menari bebas....
(memang kena dgn tajuk sbb suka hati cekadak badak aku nak taip pasal sape -_-")

Wednesday, August 13, 2014

BERDIAM LEBIH BAIK

Assalammualaikum..

Hey sexy ladies! HeHe.. Kemaafan adalah dendam yang terindah.. Benar dan tepat skali tapi memandangkan kita manusia biasa pasti kemarahan dan kebencian sukar dikawal saat perkara atau masalah masih baru.. Tak semestinya orang sukar memaafkan orang adlh manusia yg teruk.. Benda ni terjadi pd sesiapa saje.. Kita bukan nabi yang bisa sempurna, ku tak luput dari dosa (Haaaaa tu lirik lagu Rossa) ^_^ Kemarahan dilontarkan pelbagai cara, cuma cara aku nmpk kejam tapi tu yg terbaik..

Berdiam diri adlh cara penyelesaian yg aku pilih sbb aku seorang yg sgt sgt sgt mulut jahat.. Ye makian adlh mainan aku jd tak slh rasanya berdiam diri dari mengucapkan ayat2 yg melukakan hati org.. Aku terlalu memikirkn hati org sehinggakn aku campak and tolak ketepi apa yg aku rasa dan pe yg aku alami.. Didepan mata semua akan lihat aku seperti tiada perasaan or tabah tapi sebenarnya aku sorok dalam2 kesedihan dan sakit hati dgn sikap org sekeliling aku..

Dalam tempoh 3 bln aku tak update blog, bnyk dugaan aku lalui sehinggakn aku pertikaikan nasib aku pd Allah S.W.T.. Ye mmg berdosa sbb aku tak terima qada dan qadar tapi kekecewaan tu membuat aku menangis sehinggakn aku hilang pedoman.. Alhamdulillah.. Aku masih diberi kesempatan utk muhasabah diri sendiri ketika drive sorang2.. Kemarahan dan kebencian aku bkn lah lama cuma aku perlukn masa utk lupakan.. Lupakan semuanya..

Selama aku hidup ini lah pertama kali aku marah dan benci teramat sgt pd ssorg.. Kata2 dia cukup menghiris hati aku.. Memandangkn dia adlh org yg plg aku sayang, plg aku pandang tinggi agamanya dan yg plg aku ambil berat telah menghancurkan hati aku dlm sekelip mata.. Walaupun dia cuba terangkn hal sebenar, tapi pd aku cukuplah setakat itu.. But im so sorry because i still can't forget what u done.. It's too hurt..  Sekiranya pd dia aku kejam, aku buat demi menjaga hati aku sendiri sbb hati aku dah terlalu penat utk menerima cacian, hinaan dan tohmahan org.. Ye penat dan sgt penat..

Entry kali ni mmg utk luahkan kekesalan pe yg dah jadi.. Sekiranya dia terbaca, terima kasih utk segalanya.. Kebaikan dan penghinaan yg telah dia berikan.. Aku ingat sampai bila2.. Ya Allah.. Jangan pernah Engkau beri peluang atau ruang utk aku dan dia seperti dulu sebab aku dah kalah utk berjuang mendapatkan dia.. Siapa pun kecewakan dia, siapa pun yg dia suka, aku tak nak ambil tahu pasal dia sampai bila2!






T.T
Ya Allah,
Tabahkan hatiku selalu.. Aku mohon


Friday, April 25, 2014

Qasidah @ Qaseeda

Bismillahhir rahmanir rahim:
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
In the name of Allah, the beneficient, the merciful.
Entry kali ni sedikit sebanyak membuat aku tersentuh dan mengalir air mata bila mendengar alunan Qasidah @ Qaseeda yang aku tonton di youtube. Alunan tu memang sayu dan sungguh indah disaat aku dengar di waktu petang (cuaca pun redup, mendung, sayup seperti jiwa aku). Kagum dengan suara yang mengalun Qasidah @ Qaseeda. Lama kelamaan menjadi ikutan bibir dan hatiku ^_^. Ada yang mempertikaikan adakah Qasidah @ Qaseeda ini berunsur pujian atau pujaan. Pada aku, selagi aku tahu maksud yang kita baca dan mesej-mesej tu untuk pengajaran, iktibar, atau memuji kebesaran Allah dan Rasulullah S.A.W. 

Yeah! this video. Alunan suara, muzik, dan mengigatkan kita untuk selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Awesome right? Ye islam itu indah. Tak membataskan kita berhibur as long as berlandaskan syariat. In Sha Allah =). 

Lagi satu Qasidah @ Qaseeda yang sempat mencuit hati aku sehingga melahirkan niat untuk ada zuriat seperti adik-adik tu. Orang kata "usaha tanpa niat, tak membawa apa-apa erti" (tak salahkan pasang niat dr sekarang untuk memiliki anak-anak yg hebat =3). 


Selamat menonton video yang saya amat minat. Semoga menjadi pembakar semangat kita terus istiqamah melakukan kebaikan. In Sha Allah Aamiin. (entry kali ni saya semakin serius sebab tiada lawak jenaka tapi kecomelan tu tetap ada walaupun tak secomel park shin hye! =3). Ye saya ingin teruskan pencarian journals untuk IEEE to electrical and electronic field. Assignment subject Marine Code. HoHoHo.

Monday, April 21, 2014

Minat terbaru

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

"Mari kawan-kawan kita baca Quran jangan malu segan guru kan tunjukkan". Yeahhh!!! tu lagu fav aku. Nampak seperti budak2 kan walaupun dah 26 tahun tapi do i care? =3. Ok bukan tu yg aku nak tampilkan bakat menyanyi aku sangat bagus tapi minat aku kebelakangan ini adalah MEMBACA. Yup dalam islam pun menggalakkan kita membaca.

Benarlah janji Allah bahawa orang yang berilmu sama ada ilmu duniawi atau ukhrawi, fardhu kifayah tetap teristimewa dan berbeza daripada yang lain-lain sebagaimana firmanNya:

Bermaksud: "Allah meningkatkan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan juga orang-orang yang dikurniakan pengetahuan dengan kelebihan beberapa darjat." (Surah al-Mujadalah :11)

Kali ni entry aku lebih islamic kan? Bukan untuk riak atau bangga tapi buat tatapan 'peminat' yg terlalu di blog aku ni (yeah!! bajet hot lg cik myra ni =3).Nak paparkan beberapa buku dalam simpanan aku yg menarik untuk dikongsikan dgn semua. Mudah-mudahan sama2 dapat fadhilat dari sumber yg bakal aku paparkan.

FADHILAT AMAL....


Inilah buku yg aku ada but for this time aku baru baca sikit tapi dari lihat isi kandungan buku ni mmg bermanfaat. Buku ni pemberian Muhammad Hedheer (adik angkat). Mmg susah nak cari lg buku ni sbb setahu aku keluaran warna biru ni dah diberhentikan kerana keluaran baru diberi nafas baru (harap2 btl lah info yg aku dpt sbb aku tgh cari buku ni utk hadiah kepada si dia sempena hari jadi dia). So i'm so lucky have this book ^_^.



TUHAN SEDANG MENGUJI KITA....



Buku ni last month aku beli masa dpt BB1M (ty gov sbb peruntukan yg diberi dpt lah aku membeli buku yg aku minat =3). So far aku baca mmg menarik setiap isi dan huraian dan sehinggakan aku rasa Ustaz Kazim Elias sedang berceramah dpn aku (begitu aku minat ustaz ni sampai de feel... hey! =.=" jgn fikir bkn2 okay...). Rancangan kt TV 'kalau dah jodoh' pn aku ske tgk. Haaaa pe lg, pergi beli ye untuk simpanan sendiri, leh share dgn family or sahabat2 kan ^_^v.



Sabtu minggu lepas aku hadir ke surau MIMET (tu pn dtg sbb aku amik subjek rakan masjid 2... Ngeee~~~ tp ikhlas utk aku dtg =3). Masa ceramah tu, ustaz yg beri ceramah tu mengalakkan kami membeli buku yg menarik untuk dibaca. Yes!!! tadi aku pergi AEON sorang2 dan dapat beli buku tu (berbunga la hati beta mendapat apa yg dihajati sbb selagi tak dpt, mmg tidur pn masih terfikir buku tu.




Alhamdulillah dpt juga buku ni. Anyone nk pinjam? =3 Beri tahu ye ^_^ Lama juga kt kedai buku popular td. Sempat rembat komik comel (=.=" ssh la tgk komik tu cmtu je.. baik amik dua bkn satu ye =3). 

 Hopefully buku ni dpt jadi teladan dan amalan dalam kehidupan aku. In Sha Allah =). Aamiin. Okay lah. Nak teman angah main game PS3 "God of War" (nk main x reti so bg jd pom pom girl je la tepi angah sbb angah dah belikan turtle baru =3 bodek la kononnn).



Chalja Bu Yong Hwa =3

(tak de kena mengena dgn abu ^_^v)

Sunday, April 20, 2014

Anugerah dari Allah S.W.T

KEHIDUPAN....


HaHaHa ^_^ sure la the first things is 'kehidupan' sebab sampai sekarang kita semua berpeluang untuk bernafas di bumi Allah untuk bertaubat kepada Nya (ada pluang ni nk jadi ustazah =3). Suka dan duka, cabaran dan dugaan sepanjang kehidupan ni. Bermula sijil di PUO, diploma di PUO dan Alhamdulillah further degree di UniKL MIMET. Cabaran dgn kwn2 tu tak boleh dinafikan dan dari situlah kita mengenal erti BERSYUKUR, KEKELUARGAAN, SAHABAT dan KEHIDUPAN YG HAKIKI. (yeeee =.=" aku ske bg ayat yg bajet gempak)


KELUARGA....


mama dan ayah 


Anje


Kak Ngah, Abangah dan Amirul


Along,Humayraa,Anje dan Abanglong


Mama, Anje dan Amirul (pasal pe bdk tu =.=")


Tulah kenangan kami tp sebenarnya byk lg sure smua tak larat nk tgk sbb kami mmg ske bergambar! ^_^ Cameron Highland fav mama sbb tempat sejuk tp aku pulak tak tahan sejuk (hidung lah adlh tempat yg plg cepat sejuk ala2 kucing =3) 

SAHABAT....


Haaaaaaa!!!! Part ni aku paling ske cite sbb masa kt UniKL MIMET aku jumpa SAHABAT (tibe2 hati ni nyanyi lagu najwa latiff - sahabat pulok) 


Dress hitam adlh aku.... Cantik kan? Haruslah cantik (tp tetap kalah dgn Park Shin Hye.... ish ish ish) Dress merah tu Noraisah binti ismail cantik kan?!!!! Maaf dia dah berpunya (status dia masih kabur sbb aku sendiri blurr dgn dia dan lona) sifatnya manja yg amat tp jgn cari pasal sbb dia boleh jd garang ^_^. Lelaki didalam gambar tu ada satu jer dan tu lah Muhammad Hedheer. Haruslah handsome sbb dinner BMO Gala night 2014. Dia ni sgt2 friendly tp dgn aku mmg gaduh je (org ckp klu masuk masterchef sure kami peserta yg pertama tkeluar sbb asyik gduh je). And the last one dress merah dan baju putih tu adalah Syazwani Binti Salamon. Dia seorang yg sgt relax! Eventhough aku kakak (merangkap bonda di MIMET) tp segala mslh sure aku akan bersandar pd dia dan mula la drama sedih Korea =3. 


Ni Mohammad Hafeez adik angkat jugak. Jiwa dia lembut dan merupakan 'kipas susah mati' Korea. HaHaHa... (aku ske gelak =3) Dia ske CNBLUE and if nak tanya pape pasal CNBLUE sila rujuk pd beliau! TAPI dia sudah berpunya. Cinta hatinya dibawah ni iaitu Shazleen Shuhadah. Lebih sng dipanggal shaz. Penyayang orangnya. Tengok je kurus tp dia mampu tarik aku yg chubby ni kt AEON di depan kedai buku popular (kejadian tu..... masih segar diingatan... when i saw him, i'm speechless) Gelaran utk aku ialah 'si cenggeng' sbb aku kuat nangis =3.

Nak letak gambar dgn si dia tp dia hanyalah seseorang yg bakal berlalu begitu saja dlm kehidupan ku. Sooooooo.... nak letak ke tak? nak? tak? nak? tak? nak? tak? (rasa nk beri penampor buaya pd ku? =3)Boleh lah letak!!! bila lg nak campak balik (throwback) kenangan bersama dia yg dr sem 1 aku usha =3.


Nak bergambar pn aku rasa nk pengsan. HaHaHa.... Btw this him. Handsome cm Anuar Zain kn? (jangan puji!!!!! dia xleh dgr perkataan tu =.=" mohon beri kerjasama). Baik org nya. Hampir dua tahun aku tgk dia dr jauh. Sekarang aku tersenyum sendiri menaip setiap tentang dia. Ye aku tersenyum =). Ok lahdah cukup takmo lebih2 nanti tak siap assignment 3 Quantitative Analysis ku itu.

Thank you Ya Allah segala atas nikmat dan rahmat Mu. Terima Kasih Ya Allah! ^_^


SEKIAN TERIMA KASIH CIKGU!

(takde kena mengena =.=")

Saturday, April 19, 2014

New Story

Assalmmualaikum..


Dah lama tak update blog. Ok tangan rasa gatal untuk menaip. Memandangkan baru lepas berusaha siapkan conclusion untuk report "english professional 2", bermula lah kisah baru (ecehhh bajet hebat la tu sedangkn conclusion yg dibuat kena reject dua kali) HaHaHaHa~~~ padan muka ku ini. Tak kisah lah. =3

Okayh nak start crite baru ni. Nak tahu tak? Nak ek???? (xde org yg nk baca lah!) =.=" pfttt! adakah daku bajet hot? (itu persoalan yg menarik) Ye!!! (jawapan yg menarik jugak) Bwahahahaha. Ni kisah baru aku setelah lama menyepi tanpa menghapdet (meng update) Ngeee~~ perosak bhs btl!


Tadaaaa~~~ tak secantik dan selawa Park Shin Hye tp aku tak peduli!!! nak letak juga gambar aku yg cantik dimata family ku ^_^v. Alhamdulillah skrg second year in UniKL MIMET. Allah kurniakan pelbagai ujian, cabaran, kebahagiaan, suka, duka, perit sepanjang aku belajar di UniKL. Alhamdulillah semua tu tanda kasih sayang Allah pada aku, insan yg serba kekurangan (ecehhh nk mula kisah sedih la konon). Pengalaman mengajar kita erti dewasa. Itu lah hakikat sebab tahap setiap manusia lain2. Ada yg matang dgn sendiri tapi ada yg matang melalui pengalaman yg dilalui (jgn risau kesilapan yg lalu bkn pengukur anda seorang yg hina n jahil sbb pintu taubat sentiasa terbuka). Nak tengok gambar aku lg? =3 Ambillah buat tatapan peminat semua =D


Hamik kau! (kena ejek) Gambar ni menandakan menjaga pandangan (x elok zina mata **teringat kt someone) Jam tu fav aku sbb dia bulat cm donut! HaHaHa~~~


Guitar ni pemberian angah (Mohd Khairuddin) sempena aku buat hantaran masa angah tunang dan nikah. Yee~~ aku sgt kreatif (x baik riak cik myra) Setelah 4 thn berlalu 2014 telah membuka hati ku untuk serius dlm bidang ni (alaaaa x lepas pn bajet hot la). Hey hey hey~~ walaupun hentam je tp aku berjaya record suara ku yg merdu tau =3 (clap your hand pls).


Lihatlah katil ku yg cam hadok! Btw i love all my things ^_^. Sebab semua tu ada kisah tsendiri. Boleh dikatakan aku anak yg sentiasa dimanjakan sbb apa yg mama dan ayah boleh belikan, sure aku akan dapat. TAPI!!! Majoriti barang yg aku rasa harga sesuai dgn benda tu. Kalau tak mmg aku sanggup terbeliak biji mata, tengok dan berlalu pergi =( soooo sad. Yela kalau kt kaki RM109.99, mmg tak la jawabnye aku nk beli even though aku boleh beli. Tak mampu mak la nok nk layan brg2 branded cm kak ton tu (kak ton jugak jd mangsa...... sory kak ton pinjam nama =3). Hokayh la beb! Nak mandi, siap2 then breakfast with family. HaHaHa~~~ Have quality time with family!